TEMPAT:B12,Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, UTM
CADANGAN KAWASAN PEMBANGUNAN YANG BERCIRIKAN
KONSEP “ECHOES”
KONSEP “ECHOES”
“Echoes”
bermaksud bergema atau bergetar. Tema ini diguna pakai dalam program ini untuk
menonjolkan getaran di persekitaran kita terutamanya dalam aspek kehidupan.
Tema ini juga merupakansimbolik suara penduduk dunia berkenaan isu-isu tempat tinggal mereka dan
mereka saling berbincang dan menyuarakan secara berulang kali harapan mereka
tentang bandar yang mereka diami. Oleh itu suara ramai
yang berulang kali menyatakan pendapat tentang bandar mereka dalam segenap segi
dan isu tersebut menghasilkan gema bandar (echoes). Program
Perancangan Bandar dan Wilayah bukan sekadar program sarjana muda yang hanya
berkaitan dalam perancangan pembangunan sahaja, malah aspek-aspek lain harus diambil
kira dalam sesebuah perancangan terutamanya dalam aspek kehidupan.
Aspek kehidupan ini merukan aspek
naturalisasi dimana aspek ini amat penting dan memberi signifikan dalam
perancangan. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran menjadi tunjang kepada
maksud utama program PSA pada kali ini. Dengan harapan mewujudkan persekitaran
yang hijau dan bersih serta selamat, program PSA kali ini ingin mewujudkan
getaran kehidupan dalam kalangan mahasiswa.
Urban
Design Competition menghendaki para peserta untuk memikirkan satu cadangan
pembangunan yang bercirikan konsep “echoes” dan membentangkan hasil cadangan
mereka dalam bentuk model fizikal, video, master
plan dan panel. Peserta perlu memahami dengan mendalam konsep ini dan
mencari idea-idea baru bagi menghasilkan satu bentuk kawasan pembangunan yang
menarik dan memuaskan hati penilai.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Melatih peserta untuk berfikiran lebih
kreatif dan inovatif dalam menjalankan projek pembangunan berdasarkan konsep “echoes”.
Melahirkan semangat kerjasama dan
saling bantu-membantu dalam kalangan peserta.
Menguji tahap kreativiti dan kecekapan
peserta dalam mereka cipta satu projek pembangunan yang memuaskan hati penilai.
Mewujudkan suasana kerja-kerja
perancangan semasa program Planning Student Assembly (PSA) berlangsung
berdasarkan hasil yang dibentangkan oleh setiap peserta.
KRITERIA-KRITERIA DAN PERATURAN PERTANDINGAN :
Pilih mana-mana
kawasan tanah kosong di tempat anda yang berkeluasan
dalam lingkungan 50 hingga 200 ekar.
Jalankan analisis SWOT (Strength, Weakness,
Opportunity and Threat).
Namakan konsep kumpulan anda secara khusus bercirikan konsep “echoes”.
Anda boleh
menggunakan model dan kajian reka bentuk bandar yang sedia ada yang telah
dijalankan sebelum ini.
Sesuaikan model reka
bentuk kawasan pembangunan anda dengan konsep
“echoes”.
Perbentangan
adalah dalam bahasa inggeris.
7 Bahan-bahan yang
akan dipersembahkan dalam pertandingan UDCOMPEC akan diletakkan di ruang
pameran selama satu hari bermula pagi sehingga keputusan pertandingan
diumumkan.
BAHAN-BAHAN YANG BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK MODEL REKA BENTUK KAWASAN PEMBANGUNAN:
Bahan-bahan yang digunakan adalah
daripada bahan-bahan sedia ada dan terpakai seperti bekas minuman, kotak kosong,
surat khabar dan sebagainya.
Peserta juga boleh
menggunakan bahan-bahan yang telah digunapakai semasa menyediakan model reka
bentuk bandar pada PSA yang lepas.
HASIL / SUBMISSION
Master plan (Print A1).
Movie sketch-up.
Model pembangunan reka
bentuk fizikal (saiz tapak A1).
Panel A1 untuk menjelaskan
konsep anda dengan lebih terperinci (maksimum 2 panel)
KRITERIA-KRITERIA PENILAIAN
Penilaian markah akan
dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
Peserta yang paling kreatif
dan mampu menghuraikan konsep “echoes” dengan berkesan.
Peserta yang paling banyak
menggunakan bahan kitar semula dalam menghasilkan model reka bentuk kawasan
pembangunan.
Hasil yang kemas dan
teratur.
Antara contoh model reka bentuk kawasan pembangunan
Antara contoh movie (sketch-up) or illustration pictures
Antara contoh kawasan pembangunan
yang berkeluasan 50 ekar menggunakan kertas A1 :
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor merupakan tuan rumah bagi edisi PSA kali ini. Universiti yang seluas 1177 hektar ini mula dibuka pada tahun 1983 oleh Canselornya yang pertama iaitu Almarhum Sultan Iskandar. Kini, UTM Skudai menempatkan 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman. Bagi edisi PSA kali ini, aktiviti akan dijalankan di sekitar Fakulti Alam Bina, Dewan Sultan Iskandar dan Tasik Ilmu. dari segi penginapan pula, bagi peserta lelaki, mereka akan ditempatkan di Kolej Rahman Putra dan bagi peserta perempuan pula, mereka akan ditempatkan di Kolej Tun Fatimah.
Dewan Sultan Iskandar
Tasik Ilmu
Fakulti Alam Bina
Kolej Rahman Putra
Kolej Tun Fatimah
Dan berikut merupakan aerial view berkenaan dengan lokasi-lokasi bagi aktiviti yang akan dijalankan di UTM Skudai.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi Saudara Fadzil (Pengarah Program) di facebook.
Program ini melibatkan
seramai 30 orang peserta dari setiap universiti yang terdiri daripada pelbagai peringkat program Perancangan Bandar dan Wilayah. Antara universiti yang terlibat ialah:
Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.
Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) International Campus, Kuala Lumpur.
Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
Universiti
Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar
Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Jitra, Kedah.
Tujuan
tema “Urban Echoes” ialah ingin menunjukkan gema dan suara terhadap keadaan
persekitaran anda. Ia bukan sahaja terhad kepada alam sekitar namun ia juga
boleh berbentuk suara penduduk terhadap persekitaran bandar mereka. Suara-suara
tersebut menghasilkan “Echoes”. Setiap IPTA bebas menggunakan jenis teater di
bawah tetapi mengikut tajuk yang telah diberikan kepada anda. Persembahan
tersebut perlulah pada akhirnya menghasilkan gema atau bertetapan dengan tema
“Urban Echoes”
MASA - 8.30p.m
JENIS TEATER
Tragedi
- berakhir dengan duka
Komedi
- Penuh tawa dan gembira
Tragikomedi - ketawa
dan diakhiri dengan duka
Melodrama
- penuh kesyahduan dipadukan dengan muzik
Muzikal
- muzik dan nyanyian
SYARAT-SYARAT
Masa yang dibenarkan adalah 15minit bagi setiap persembahan dan 5 minit untuk persediaan. Kumpulan peserta akan dipotong markah sekiranya melebihi had masa yang dibenarkan
Etika
pemakaian yang dibenarkan adalah sopan, mengikut kesesuaian
persembahan dan tidak mencolok mata
Prop dan kostum disediakan
sendiri oleh kumpulan peserta
Keperluan set atau prop adalah di bawah tanggungan pasukan sendiri
Penggunaan tirai sepanjang
persembahan adalah dilarang
Dilarang menggunakan senjata
tajam dan merbahaya
Dilarang melakukan aksi yang boleh menyentuh sensitivi kaum atau agama
TAJUK PERSEMBAHAN BAGI SETIAP IPTA
IPTA : UiTM Seri Iskandar
Tajuk : Climate Change
Filem : Ibu Mertuaku
IPTA : UTM KL
Tajuk : Species extinction
Filem : Mission Impossible
IPTA : USM
Tajuk : Fat City
Filem : Predator
IPTA : UiTM Shah Alam
Tajuk : Red District
Filem : Transformer
IPTA : POLIMAS
Tajuk : Urban Homeless
Filem : Downfall
IPTA : UIAM
Tajuk : Urban Economic Segregation
Filem : Ju-On
IPTA : UM
Tajuk : Urban Poverty
Filem : Final Fantasy X (anime)
PERMARKAHAN:
1)Persembahan
(20 markah)
-kesesuaian persembahan dan
tema
-Meyakinkan
-Keselarian di antara
pemain/pelakon, juruteknik dan pengurusan pentas
-Membawa kepada kemuncak
(tema)
2)Lakonan
(20 markah)
-Sesuai dengan watak
-Suara/nyanyian
-Gerak-geri/tarian
-Penghayatan
-Teknik penggunaan pentas
-Kesesuaian pakaian dan
solekan
3)Teknik
(10 markah)
- Fungsi lampu
- Fungsi set (prop)
- Fungsi suara latar
dan kesan bunyi
ANUGERAH/HADIAH
·Tempat pertama
·Tempat kedua
·Tempat ketiga
·Pelakon lelaki terbaik
·Pelakon wanita terbaik
·Kostum dan prop terbaik
·Kesan bunyi terbaik (muzik latar)
Setiap persembahan teater haruslah berkaitan dengan tema filem yang diberikan. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi saudara Fadzil (Pengarah Program) atau saudari Asmida (Ketua Unit Persembahan) melalui facebook.
Pada
program perhimpunan mahasiswa perancang (PSA 13’) kali ini, Persatuan
Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
telah memilih “Echoes” sebagai tema program.
“Echoes” bermaksud bergema atau
bergetar. Tema ini diguna pakai dalam program ini untuk menonjolkan getaran di
persekitaran kita terutamanya dalam aspek kehidupan. Tema ini juga merupakansimbolik
suara penduduk dunia berkenaan isu-isu tempat tinggal mereka dan mereka saling
berbincang dan menyuarakan secara berulang kali terhadap harapan mereka tentang
bandar yang mereka diami. Oleh itu suara
ramai yang berulang kali ini menyatakan pendapat tentang bandar mereka dalam
segenap segi dan isu tersebut menghasilkan gema bandar (echoes). Program
Perancangan Bandar dan Wilayah bukan sekadar program sarjana muda yang hanya
berkaitan dalam perancangan pembangunan sahaja, malah aspek-aspek lain harus
diambil kira dalam sesebuah perancangan terutamanya dalam aspek kehidupan.
Aspek kehidupan ini merukan aspek
naturalisasi dimana aspek ini amat penting dan memberi signifikan dalam
perancangan. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran menjadi tunjang kepada
maksud utama program PSA pada kali ini. Dengan harapan mewujudkan persekitaran
yang hijau dan bersih serta selamat, program PSA kali ini ingin mewujudkan
getaran kehidupan dalam kalangan mahasiswa.
Dengan menggunakan fasiliti yang
terdapat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kerjasama daripada semua
pihak, program ini diharap dapat dijalankan dengan jayanya serta dapat mencapai
objektif program pada kali ini.
Memberi
peluang kepada semua peserta program Perancangan Bandar dan Wilayah dari setiap
universiti di Malaysia untuk berkumpul.
Membolehkan pelajar
dari setiap universiti berkenalan dan menghasilkan satu hubungan yang rapat
antara satu sama lain.
Meneruskan tradisi
perhimpunan ini yang diadakan setiap tahun yang turut disertai oleh Malaysia
Institute of Planner (MIP).
Memberi peluang kepada
peserta untuk merasai suasana pembelajaran dalam persekitaran yang berbeza
apabila didedahkan dengan persekitaran luar kampus.
Menambahkan pengetahuan
pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah tentang kepentingan bidang perancangan
melalui aktiviti-aktiviti atau program yang telah ditetapkan.
Melatih diri pelajar
Perancangan Bandar dan Wilayah agar bersedia untuk menjadi seorang jururancang
yang proaktif, kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
Perhimpunan
mahasiswa perancang atau Planning student assembly 2013 (PSA 13’) ini merupakan
program tahunan yang diadakan di setiap universiti yang berbeza yang menawarkan
Program Perancangan Bandar dan Wilayah. Tujuan utama program ini diadakan
adalah untuk menghimpunkan semua mahasiswa perancangan bandar dan wilayah dari
seluruh universiti di Malaysia disamping dapat merapatkan hubungan melalui
aktiviti yang dijalankan. Program ini juga sebenarnya merupakan satu pendekatan
dalam menggalakkan para mahasiswa bertukar pandangan, meningkatkan kefahaman
dan mengaplikasikan Program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah justeru
menyumbang kepada pemikiran kreatif dan inovatif.