Monday 31 December 2012

URBAN DESIGN COMPETITION FOR ECHOES CONCEPT (UDCOMPEC)


MASA: 7 Februari, 2012 (Khamis) 9.00AM-9.30AM
TEMPAT: B12, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, UTM


CADANGAN KAWASAN PEMBANGUNAN YANG BERCIRIKAN KONSEP “ECHOES”

KONSEP “ECHOES”

“Echoes” bermaksud bergema atau bergetar. Tema ini diguna pakai dalam program ini untuk menonjolkan getaran di persekitaran kita terutamanya dalam aspek kehidupan. Tema ini juga merupakan simbolik suara penduduk dunia berkenaan isu-isu tempat tinggal mereka dan mereka saling berbincang dan menyuarakan secara berulang kali harapan mereka tentang bandar yang mereka diami. Oleh itu suara ramai yang berulang kali menyatakan pendapat tentang bandar mereka dalam segenap segi dan isu tersebut menghasilkan gema bandar (echoes). Program Perancangan Bandar dan Wilayah bukan sekadar program sarjana muda yang hanya berkaitan dalam perancangan pembangunan sahaja, malah aspek-aspek lain harus diambil kira dalam sesebuah perancangan terutamanya dalam aspek kehidupan.

Aspek kehidupan ini merukan aspek naturalisasi dimana aspek ini amat penting dan memberi signifikan dalam perancangan. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran menjadi tunjang kepada maksud utama program PSA pada kali ini. Dengan harapan mewujudkan persekitaran yang hijau dan bersih serta selamat, program PSA kali ini ingin mewujudkan getaran kehidupan dalam kalangan mahasiswa.

Urban Design Competition menghendaki para peserta untuk memikirkan satu cadangan pembangunan yang bercirikan konsep “echoes” dan membentangkan hasil cadangan mereka dalam bentuk model fizikal, video, master plan dan panel. Peserta perlu memahami dengan mendalam konsep ini dan mencari idea-idea baru bagi menghasilkan satu bentuk kawasan pembangunan yang menarik dan memuaskan hati penilai.


OBJEKTIF PERTANDINGAN

  1. Melatih peserta untuk berfikiran lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan projek pembangunan berdasarkan konsep “echoes”.
  2.  Melahirkan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu dalam kalangan peserta.
  3. Menguji tahap kreativiti dan kecekapan peserta dalam mereka cipta satu projek pembangunan yang memuaskan hati penilai.
  4. Mewujudkan suasana kerja-kerja perancangan semasa program Planning Student Assembly (PSA) berlangsung berdasarkan hasil yang dibentangkan oleh setiap peserta.   

KRITERIA-KRITERIA DAN PERATURAN PERTANDINGAN :

  1. Pilih mana-mana kawasan tanah kosong di tempat anda yang berkeluasan dalam  lingkungan 50 hingga 200 ekar.
  2. Jalankan analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity and Threat).
  3. Namakan konsep kumpulan anda secara  khusus bercirikan konsep “echoes”.
  4. Anda boleh menggunakan model dan kajian reka bentuk bandar yang sedia ada yang telah dijalankan sebelum ini.
  5. Sesuaikan model reka bentuk kawasan pembangunan anda dengan konsep “echoes”.
  6.       Perbentangan adalah dalam bahasa inggeris.
     7   Bahan-bahan yang akan dipersembahkan dalam pertandingan UDCOMPEC akan diletakkan di ruang pameran selama satu hari bermula pagi sehingga keputusan pertandingan diumumkan.


BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MODEL REKA BENTUK KAWASAN PEMBANGUNAN:

  1.  Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan-bahan sedia ada dan terpakai seperti bekas minuman, kotak kosong, surat khabar dan sebagainya.
  2. Peserta juga boleh menggunakan bahan-bahan yang telah digunapakai semasa menyediakan model reka bentuk bandar pada PSA yang lepas.


HASIL / SUBMISSION

  1. Master plan (Print A1).
  2. Movie sketch-up.
  3. Model pembangunan reka bentuk fizikal (saiz tapak A1).
  4. Panel A1 untuk menjelaskan konsep anda dengan lebih terperinci (maksimum 2 panel)


KRITERIA-KRITERIA PENILAIAN

Penilaian markah akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut :

  1. Peserta yang paling kreatif dan mampu menghuraikan konsep “echoes” dengan berkesan.
  2. Peserta yang paling banyak menggunakan bahan kitar semula dalam menghasilkan model reka bentuk kawasan pembangunan.
  3. Hasil yang kemas dan teratur.


     Antara contoh model reka bentuk kawasan pembangunan




         

           Antara contoh movie (sketch-up) or illustration pictures



  


            Antara contoh kawasan pembangunan yang berkeluasan 50 ekar menggunakan kertas A1 :




No comments:

Post a Comment