Saturday 24 November 2012

TEMA PROGRAM


Pada program perhimpunan mahasiswa perancang (PSA 13’) kali ini, Persatuan Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memilih “Echoes” sebagai tema program.



“Echoes” bermaksud bergema atau bergetar. Tema ini diguna pakai dalam program ini untuk menonjolkan getaran di persekitaran kita terutamanya dalam aspek kehidupan. Tema ini juga merupakan simbolik suara penduduk dunia berkenaan isu-isu tempat tinggal mereka dan mereka saling berbincang dan menyuarakan secara berulang kali terhadap harapan mereka tentang bandar yang mereka diami. Oleh itu suara ramai yang berulang kali ini menyatakan pendapat tentang bandar mereka dalam segenap segi dan isu tersebut menghasilkan gema bandar (echoes). Program Perancangan Bandar dan Wilayah bukan sekadar program sarjana muda yang hanya berkaitan dalam perancangan pembangunan sahaja, malah aspek-aspek lain harus diambil kira dalam sesebuah perancangan terutamanya dalam aspek kehidupan.

Aspek kehidupan ini merukan aspek naturalisasi dimana aspek ini amat penting dan memberi signifikan dalam perancangan. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran menjadi tunjang kepada maksud utama program PSA pada kali ini. Dengan harapan mewujudkan persekitaran yang hijau dan bersih serta selamat, program PSA kali ini ingin mewujudkan getaran kehidupan dalam kalangan mahasiswa.

Dengan menggunakan fasiliti yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kerjasama daripada semua pihak, program ini diharap dapat dijalankan dengan jayanya serta dapat mencapai objektif program pada kali ini.

1 comment: