Monday 26 November 2012

PERSEMBAHAN UNIVERSITI (TEATER)

TARIKH - 4 Feb 2012

TEMA - Urban Echoes

Tujuan tema “Urban Echoes” ialah ingin menunjukkan gema dan suara terhadap keadaan persekitaran anda. Ia bukan sahaja terhad kepada alam sekitar namun ia juga boleh berbentuk suara penduduk terhadap persekitaran bandar mereka. Suara-suara tersebut menghasilkan “Echoes”. Setiap IPTA bebas menggunakan jenis teater di bawah tetapi mengikut tajuk yang telah diberikan kepada anda. Persembahan tersebut perlulah pada akhirnya menghasilkan gema atau bertetapan dengan tema “Urban Echoes”

MASA - 8.30p.m

JENIS TEATER

  • Tragedi - berakhir dengan duka
  • Komedi - Penuh tawa dan gembira
  • Tragikomedi - ketawa dan diakhiri dengan duka
  • Melodrama - penuh kesyahduan dipadukan dengan muzik
  • Muzikal - muzik dan nyanyian

SYARAT-SYARAT
  • Masa yang dibenarkan adalah 15minit bagi setiap persembahan dan 5 minit untuk persediaan. Kumpulan peserta akan dipotong markah sekiranya melebihi had masa yang dibenarkan
  • Etika pemakaian yang dibenarkan adalah sopan, mengikut kesesuaian persembahan   dan tidak mencolok mata
  • Prop dan kostum disediakan sendiri oleh kumpulan peserta
  • Keperluan set atau prop adalah di bawah tanggungan pasukan sendiri
  • Penggunaan tirai sepanjang persembahan adalah dilarang
  • Dilarang menggunakan senjata tajam dan merbahaya
  • Dilarang melakukan aksi yang boleh menyentuh sensitivi kaum atau agama


TAJUK PERSEMBAHAN BAGI SETIAP IPTA

IPTA : UiTM Seri Iskandar
Tajuk : Climate Change
Filem : Ibu Mertuaku


IPTA : UTM KL
Tajuk : Species extinction 
Filem : Mission Impossible 


IPTA : USM
Tajuk : Fat City
Filem : Predator



IPTA : UiTM Shah Alam
Tajuk : Red District
Filem : Transformer



IPTA : POLIMAS
Tajuk : Urban Homeless
Filem : Downfall



IPTA : UIAM
Tajuk : Urban Economic Segregation
Filem : Ju-On



IPTA : UM
Tajuk : Urban Poverty
Filem : Final Fantasy X (anime)



PERMARKAHAN:

1)    Persembahan (20 markah)
-          kesesuaian persembahan dan tema
-          Meyakinkan
-  Keselarian di antara pemain/pelakon, juruteknik dan  pengurusan pentas
-          Membawa kepada kemuncak (tema)

2)    Lakonan (20 markah)
-          Sesuai dengan watak
-          Suara/nyanyian
-          Gerak-geri/tarian
-          Penghayatan
-          Teknik penggunaan pentas
-          Kesesuaian pakaian dan solekan

3)    Teknik (10 markah)
- Fungsi lampu
- Fungsi set (prop)
- Fungsi suara latar dan kesan bunyi

ANUGERAH/HADIAH

·         Tempat pertama
·         Tempat kedua
·         Tempat ketiga
·         Pelakon lelaki terbaik
·         Pelakon wanita terbaik
·         Kostum dan prop terbaik
·         Kesan bunyi terbaik (muzik latar)

Setiap persembahan teater haruslah berkaitan dengan tema filem yang diberikan. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi saudara Fadzil (Pengarah Program) atau saudari Asmida (Ketua Unit Persembahan) melalui facebook.

4 comments:

  1. tudiaaa..mcm2 ada,xsbaq nk tgk mcm mna nnt..hehe

    ReplyDelete
  2. rumput segar tidak dibenarkan

    ReplyDelete
  3. joe..tulis kt situ..setiap persembahan mesti kaitkan dgn cerita dari dlm senarai movie yg diberikan :)

    ReplyDelete
  4. i think it should be interesting

    ReplyDelete