Pada
program perhimpunan mahasiswa perancang (PSA 13’) kali ini, Persatuan
Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
telah memilih “Echoes” sebagai tema program.
“Echoes” bermaksud bergema atau
bergetar. Tema ini diguna pakai dalam program ini untuk menonjolkan getaran di
persekitaran kita terutamanya dalam aspek kehidupan. Tema ini juga merupakan simbolik
suara penduduk dunia berkenaan isu-isu tempat tinggal mereka dan mereka saling
berbincang dan menyuarakan secara berulang kali terhadap harapan mereka tentang
bandar yang mereka diami. Oleh itu suara
ramai yang berulang kali ini menyatakan pendapat tentang bandar mereka dalam
segenap segi dan isu tersebut menghasilkan gema bandar (echoes). Program
Perancangan Bandar dan Wilayah bukan sekadar program sarjana muda yang hanya
berkaitan dalam perancangan pembangunan sahaja, malah aspek-aspek lain harus
diambil kira dalam sesebuah perancangan terutamanya dalam aspek kehidupan.
Aspek kehidupan ini merukan aspek
naturalisasi dimana aspek ini amat penting dan memberi signifikan dalam
perancangan. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran menjadi tunjang kepada
maksud utama program PSA pada kali ini. Dengan harapan mewujudkan persekitaran
yang hijau dan bersih serta selamat, program PSA kali ini ingin mewujudkan
getaran kehidupan dalam kalangan mahasiswa.
Dengan menggunakan fasiliti yang
terdapat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kerjasama daripada semua
pihak, program ini diharap dapat dijalankan dengan jayanya serta dapat mencapai
objektif program pada kali ini.