TEMPAT:B12,Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, UTM
CADANGAN KAWASAN PEMBANGUNAN YANG BERCIRIKAN
KONSEP “ECHOES”
KONSEP “ECHOES”
“Echoes”
bermaksud bergema atau bergetar. Tema ini diguna pakai dalam program ini untuk
menonjolkan getaran di persekitaran kita terutamanya dalam aspek kehidupan.
Tema ini juga merupakansimbolik suara penduduk dunia berkenaan isu-isu tempat tinggal mereka dan
mereka saling berbincang dan menyuarakan secara berulang kali harapan mereka
tentang bandar yang mereka diami. Oleh itu suara ramai
yang berulang kali menyatakan pendapat tentang bandar mereka dalam segenap segi
dan isu tersebut menghasilkan gema bandar (echoes). Program
Perancangan Bandar dan Wilayah bukan sekadar program sarjana muda yang hanya
berkaitan dalam perancangan pembangunan sahaja, malah aspek-aspek lain harus diambil
kira dalam sesebuah perancangan terutamanya dalam aspek kehidupan.
Aspek kehidupan ini merukan aspek
naturalisasi dimana aspek ini amat penting dan memberi signifikan dalam
perancangan. Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran menjadi tunjang kepada
maksud utama program PSA pada kali ini. Dengan harapan mewujudkan persekitaran
yang hijau dan bersih serta selamat, program PSA kali ini ingin mewujudkan
getaran kehidupan dalam kalangan mahasiswa.
Urban
Design Competition menghendaki para peserta untuk memikirkan satu cadangan
pembangunan yang bercirikan konsep “echoes” dan membentangkan hasil cadangan
mereka dalam bentuk model fizikal, video, master
plan dan panel. Peserta perlu memahami dengan mendalam konsep ini dan
mencari idea-idea baru bagi menghasilkan satu bentuk kawasan pembangunan yang
menarik dan memuaskan hati penilai.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Melatih peserta untuk berfikiran lebih
kreatif dan inovatif dalam menjalankan projek pembangunan berdasarkan konsep “echoes”.
Melahirkan semangat kerjasama dan
saling bantu-membantu dalam kalangan peserta.
Menguji tahap kreativiti dan kecekapan
peserta dalam mereka cipta satu projek pembangunan yang memuaskan hati penilai.
Mewujudkan suasana kerja-kerja
perancangan semasa program Planning Student Assembly (PSA) berlangsung
berdasarkan hasil yang dibentangkan oleh setiap peserta.
KRITERIA-KRITERIA DAN PERATURAN PERTANDINGAN :
Pilih mana-mana
kawasan tanah kosong di tempat anda yang berkeluasan
dalam lingkungan 50 hingga 200 ekar.
Jalankan analisis SWOT (Strength, Weakness,
Opportunity and Threat).
Namakan konsep kumpulan anda secara khusus bercirikan konsep “echoes”.
Anda boleh
menggunakan model dan kajian reka bentuk bandar yang sedia ada yang telah
dijalankan sebelum ini.
Sesuaikan model reka
bentuk kawasan pembangunan anda dengan konsep
“echoes”.
Perbentangan
adalah dalam bahasa inggeris.
7 Bahan-bahan yang
akan dipersembahkan dalam pertandingan UDCOMPEC akan diletakkan di ruang
pameran selama satu hari bermula pagi sehingga keputusan pertandingan
diumumkan.
BAHAN-BAHAN YANG BOLEH
DIGUNAKAN UNTUK MODEL REKA BENTUK KAWASAN PEMBANGUNAN:
Bahan-bahan yang digunakan adalah
daripada bahan-bahan sedia ada dan terpakai seperti bekas minuman, kotak kosong,
surat khabar dan sebagainya.
Peserta juga boleh
menggunakan bahan-bahan yang telah digunapakai semasa menyediakan model reka
bentuk bandar pada PSA yang lepas.
HASIL / SUBMISSION
Master plan (Print A1).
Movie sketch-up.
Model pembangunan reka
bentuk fizikal (saiz tapak A1).
Panel A1 untuk menjelaskan
konsep anda dengan lebih terperinci (maksimum 2 panel)
KRITERIA-KRITERIA PENILAIAN
Penilaian markah akan
dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut :
Peserta yang paling kreatif
dan mampu menghuraikan konsep “echoes” dengan berkesan.
Peserta yang paling banyak
menggunakan bahan kitar semula dalam menghasilkan model reka bentuk kawasan
pembangunan.
Hasil yang kemas dan
teratur.
Antara contoh model reka bentuk kawasan pembangunan
Antara contoh movie (sketch-up) or illustration pictures
Antara contoh kawasan pembangunan
yang berkeluasan 50 ekar menggunakan kertas A1 :
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor merupakan tuan rumah bagi edisi PSA kali ini. Universiti yang seluas 1177 hektar ini mula dibuka pada tahun 1983 oleh Canselornya yang pertama iaitu Almarhum Sultan Iskandar. Kini, UTM Skudai menempatkan 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman. Bagi edisi PSA kali ini, aktiviti akan dijalankan di sekitar Fakulti Alam Bina, Dewan Sultan Iskandar dan Tasik Ilmu. dari segi penginapan pula, bagi peserta lelaki, mereka akan ditempatkan di Kolej Rahman Putra dan bagi peserta perempuan pula, mereka akan ditempatkan di Kolej Tun Fatimah.
Dewan Sultan Iskandar
Tasik Ilmu
Fakulti Alam Bina
Kolej Rahman Putra
Kolej Tun Fatimah
Dan berikut merupakan aerial view berkenaan dengan lokasi-lokasi bagi aktiviti yang akan dijalankan di UTM Skudai.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi Saudara Fadzil (Pengarah Program) di facebook.