Wednesday 30 January 2013

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN TEATER (URBAN ECHOES)



1.0                 PENDAHULUAN

1.1        Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa kursus Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina (FAB) UTM.

1.2        Pertandingan akan berlangsung pada 4 Februari 2013 (Isnin) bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI) UTM

1.3        Sebanyak 7 kumpulan produksi teater yang mewakili 7 IPT akan bertanding.

1.4        UTM selaku tuan rumah hanya membuat persembahan dan tidak akan menyertai pertandingan.

1.5        Sesi raptai dan taklimat pertandingan akan diadakan pada  4 Februari 2013 (Isnin) bermula jam 4 petang sehingga 6 petang.

1.6        Setiap kumpulan akan diberi masa 15 minit untuk sesi raptai.

1.7        Pamplet yang menerangkan sinopsis atau ringkasan cerita, senarai tenaga produksi termasuk watak dan perwatakan hendaklah dihantar kepada urusetia semasa sesi taklimat pertandingan.


2.0              TEMA

2.1    Urban Echoes


3.0              PENYERTAAN

3.1        Jumlah peserta yang terlibat dalam produksi teater hendaklah tidak melebihi 30 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.

3.2        Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan  amat digalakkan.

3.3        Tetapkan krew yang akan menguruskan bahagian teknikal seperti lighting, LCD, dan PA System.


4.0              DISIPLIN PENTAS

4.1         Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan.

4.2           Set prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan set prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja.

4.3           Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN.   

4.4           Kumpulan drama TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau busana yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.
    
4.5           Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang  dan dasar kerajaan.

4.6           Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan.


5.0              MASA PERSEMBAHAN

5.1           Semasa pertandingan pula, setiap kumpulan diberi masa 25 minit untuk persembahan merangkumi , 5 minit untuk persiapan teknikal, 15 minit  persembahan dan 5 minit untuk mengosongkan pentas.

5.2           Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan.

5.3           Masa persembahan dikira bermula daripada persiapan, persembahan dan penyudah persembahan.


6.0              PEMARKAHAN

6.1           Persembahan (40 markah)

6.1.1              Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.

6.1.2              Memperlihatkan persembahan yang menarik.

6.1.3              Memperlihatkan persembahan yang kreatif.

6.1.4              Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.

6.1.5              Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dengan jelas.

6.2           Lakonan ( 30 markah )

6.2.1              Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.

6.2.2              Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan
( gerak, dan ekspresi ) dengan baik.

6.2.3              Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (suara– artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .

6.2.4              Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik.

6.2.5              Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.

6.3           Sinografi ( 20 markah )

6.3.1              Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

6.3.2              Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

6.3.3              Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.

6.3.4              Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.

6.3.5              Rekaan/pilihan busana yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.

6.3.6              Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.


6.4           Pengarahan ( 10 markah )

6.4.1              Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.

6.4.2              Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama.

6.4.3              Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.


7.0        PENGHAKIMAN / PENILAIAN.

7.1             3 juri pertandingan adalah dilantik dari Unit Kebudayaan, UTM
7.2               Setiap juri akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
7.3             Keputusan Panel Penilai/ Juri adalah MUKTAMAD.


8.0    DISIPLIN PESERTA

8.1              Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang  pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program dan IPT.

8.2              Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.


9.0   TINDAKAN

9.1              Pihak urusetia berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan .

10.0          ANUGERAH PEMENANG
     
      Penganjur akan menganugerahkan 9 anugerah berdasarkan 3 kategori iaitu :

A)     Kategori Sinografi

i.                    Tatabusana terbaik
ii.                  Tatabunyi terbaik
iii.                Tatacahaya terbaik

B)     Kategori Lakonan

i.                    Pengarah Terbaik
ii.                  Pelakon Lelaki Terbaik
iii.                Pelakon Wanita Terbaik

C)     Kategori Kumpulan

i.                    JOHAN
ii.                  NAIB JOHAN
iii.                KETIGA


11.0          AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada para peserta.


No comments:

Post a Comment